Proses penghakisan tulang alveolar itu akan memakan masa yang lama.Tulang alveolar akan menyurut menyebabkan gigi menjadi longgar kerana ketiadaan tulang penyokong. Walaupun tidak mempunyai karies atau berlubang,fungsi gigi boleh terjejas dengan penyakit gusi. Rawatan segera perlu untuk memulihkannya.
Rawatan yang diberi ialah scaling iaitu mencuci gigi dan membuang kalkulus. Alat yang digunakan untuk mencuci dipanggil ultrasonic scaler. Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah kerana gusi yang bengkak mudah berdarah.
Jika penyakit gusi pada tahap yang lebih serius,kaedah biasa tidak mencukupi untuk merawatnya. Gusi yang bengkak atau bernanah perlu dikeluarkan atau dipotong dengan melakukan satu pembedahan kecil. Penyakit itu selalu melibatkan lebih dari satu bahagian rahang, dan pembedahan kecil akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Gigi yang longgar kadangkala boleh menjadi kukuh semula tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama. Bagi gigi yang terlalu longgar, rawatan splinting perlu dilakukan untuk mengukuhkan gigi dalam rahang. Kadangkala gigi yang longgar terpaksa dicabut dan digantikan dengan gigi palsu.
Bagaimanapun,kejayaan rawatan periodontik bergantung kepada kerjasama pesakit kerana tanpa penjagaan kebersihan mulut ia tidak akan berhasil. Penyakit gusi sering kali mudah berbalik semula. |