Air Liur Penting Untuk Mulut

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir
( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )


Pernahkah adik terfikir apa gunanya air liur dalam mulut? Ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya peranan air liur dalam kehidupan kita sehari-hari.

Air liur dihasilkan oleh organ pengeluar liur yang dinamakan kelenjar liur. Kelenjar ini berbentuk seperti anggur dan banyak terdapat dalam mulut kita. Liur ini akan keluar ke dalam mulut melalui terowong kecil yang dinamakan duktus, yang menghubungkan kelenjar liur dengan ruang mulut. Hujung duktus ini terletak di empat penjuru mulut dekat gigi-gigi geraham pertama dan kedua.

Kita perlukan air liur kerana ia beraksi menghaluskan makanan yang telah dikunyah sehingga menyebabkan ia terasa enak dan mudah ditelan.

Dalam keadaan lazim, air liur juga berperanan sebagai pelincir dan pembersih mulut.

Ahli sains menemui bahawa dalam keadaan lazim, seorang remaja akan menghasilkan
sejumlah 3.7 mililiter (ml) air liur setiap lima minit. Jumlah ini akan meningkat kepada 13.8
ml apabila kita mengunyah.

Tetapi kelenjar liur boleh mengalami sekatan kerana perasaan tertekan yang amat seperti semasa mengambil peperiksaan, penyakit tertentu atau kesan sampingan ubat yang dimakan.

Rasa cemas ini akan menyampaikan arahan kepada kelenjar liur kita untuk mengurangkanb pengeluaran liur. Tetapi keadaan ini adalah sementara kerana setelah rasa cemas hilang, kelenjar liur kita berfungsi seperti biasa.

Tetapi kerosakan kelenjar liur boleh juga bersifat kekal. Misalkan, penderita penyakit kanser mulut yang melalui rawatan sinar X akan mengalami kerosakan kelenjar liur yang
kekal.

Apabila fungsi kelenjar liur terencat sama ada secara sementara atau kekal, ia akan menyebabkan jumlah air liur yang dihasilkan berkurangan.

Ini menyebabkan air liur menjadi kental. Keadaan ini juga lazim terjadi pada penagih dadah. Kadangkala air liur langsung tidak keluar kerana kelenjar liurnya telah musnah
sama sekali.

Jika tiada air liur, gusi dan tisu lembut mulut akan terasa kering dan mudah luka. Tanpa air liur proses bercakap juga amat sulit kerana tekak kita terasa kering dan sukar untuk berfungsi.

Bila mulut terasa kering kita lazimnya lebih cenderung untuk mengambil makanan yang lembut dan cair. Ini menyebabkan sisa makanan tertempel lebih lama di stas permukaan gigi dan gusi.

Anehnya, sekalipun kelenjar liur musnah tetapi jumlah bakteria mulut tetap seperti biasa. Bakteria ini akan memakan sisa makana yang terlekat pada celah gigi.

Seperti biasa, proses ini akan menyebabkan asid terbentuk dan memusnahkan enamel gigi dengan cepat. Keadaan mulut yang kering pula akan menyebabkan proses pembentukan asid terjadi jauh lebih pantas dan ganas daripada keadaan lazim.

Menjaga kebersihan mulut amat penting apabila kita mengalami keadaan mulut kering. Gusi dan tisu lembut lain mudah luka. Oleh itu kita mesti menggunakan berus lembut dan dengan tekanan ringan.

Mengesip buah asam boi atau seumpamanya semasa menduduki ujian atau peperiksaan untuk meredahkan rasa takut dan cemas bukanlah suatu amalan yang baik dan ia patut dicegah.

 
 
 
About MDA
What's New
Affiliate Bodies
SCODOS
Dental Students Centre
Public Free Access
 
 
MDA Member
 
Services
MALAYSIAN DENTAL ASSOCIATION
54-2 (2nd Floor) Medan Setia 2
Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Tel: 603-20951532, 20951495
Fax: 603-20944670
Website: www.mda.org.my
Email: mdaassoca@mda.org.my (active 10/12/2013)

facebaook twitter

Copyrights by Malaysian Dental Association.
Web Hosting and copyrights are the property of VIVOHUB