Sejarah Benang Flos

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir
( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )


Isu yang lalu kita telah membaca tentang asal-usul penggunaan pencungkil gigi. Kali ini kita membincangkan penggunaan benang flos.

Benang flos seperti tusuk gigi. Benang flos digunakan untuk mengeluarkan cebisan makanan yang terselit di antara dua gigi. Ramai yang tidak gemar menggunakannya kerana ia sukar untuk digunakan pertama kalinya. Tetapi ia banyak membawa manfaat kepada mereka yang sememangnya mempunyai gigi yang berdempetan rapi.

Kalau kita mahu gigi kelihatan cantik dan senyuman kita menarik kita perlu mendisiplinkan diri untuk menggunakan flos walaupun ia dikatakan sukar untuk digunakan.

Menurut kajian Akademi Pergigian Am Amerika Syarikat, amalan menggunakan flos gigi sebenarnya bermula sejak zaman prasejarah; zaman hidupnya binatang raksasa dinosaur.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan penemuan gigi manusia yang dikatakan hidup di zaman itu di perkampungan Krapina di negara yang dulunya dinamakan Yugoslovakia.

Goresan yang tersusun telah ditemui pada permukaan gigi tersebut. Gurisan itu disebabkan oleh penggunaan alat flos seperti serpihan tulang, bulu binatang atau bahagian tisu pengikat otot kita yang menyerupai tetali dan dinamakan tendon. Kesemua alat flos itu boleh menyebabkan permukaan luar gigi teruk terkikis.

Flos yang diperbuat daripada benang sutera telah ditemui pada awal tahun 1800. Antara orang yang pertama membuat pengamatan tentang penggunaan benang flos ini ialah Levi S Parmley.

Malah beliau telah membukukan nota mengenai fenomena penggunaan flos ini pada tahun 1819. Menurut beliau, benang sutera ini mampu mengeluarkan punca penyakit gusi yang banyak terdapat di bahagian leher gigi.

Benang sutera ternyata amat mahal. Penemuan bahan plastik nilon pada tahun 1948 oleh C.C Bass telah dapat menggantikan benang sutera sebagai benang flos.

Dr Bass ialah seorang doktor awam yang banyak mengkaji perihal kuman atau bakteria.

Beliau banyak mengkaji kaedah mempertingkatkan lagi kebaikan benang flos ini. Kini kita boleh membeli pelbagai benang flos.

Benang flos zaman moden diselaputi bahan seperti lilin atau bahan penghakis supaya kotoran di antara gigi boleh dibersihkan secara berkesan.

Kajian berkaitan benang flos masih giat dijalankan hingga kini. Kajian ini telah memungkinkan kita kini membeli benang flos yang telah mempunyai pemegangnya selain daripada kotak benang sahaja. Pemegang ini beraneka rupa, ada yang daripada bahan plastik pakai buang. Ada juga yang dibuat daripada bahan tahan lasak.

PETUA MENGGUNAKAN FLOS
Banyak bersabar pertama kali menggunakan flos.
Hindarkan pembaziran. Gunakan panjang flos secukupnya.
Lilitkan tiap satu hujung pada ibu jari dan jari ketiga
Mulakan memflos permukaan gigi dengan menggunakan gerakan merisik biola.
Pastikan benang hanya menyentuh permukaan gigi sahaja.
Perhatikan agar benang tidak melukai gusi. Jika tidak, luka pada gusi akan menjadi
lebih teruk.
 
 
About MDA
What's New
Affiliate Bodies
SCODOS
Dental Students Centre
Public Free Access
 
 
MDA Member
 
Services
MALAYSIAN DENTAL ASSOCIATION
54-2 (2nd Floor) Medan Setia 2
Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Tel: 603-20951532, 20951495
Fax: 603-20944670
Website: www.mda.org.my
Email: mdaassoca@mda.org.my (active 10/12/2013)

facebaook twitter

Copyrights by Malaysian Dental Association.