BIPKA yang diterima seawal tahun 1994 telah diberhentikan kerana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 tahun 2009 telah mensyaratkan semua Pegawai Pergigian yang mempunyai kelulusan Kesihatan Awam MESTI diwartakan bagi melayakkan Bayaran Iinsentif Pakar Kesihatan Awam (BIPKA) berkuat kuasa 1 Ogos 2009.
Seramai 63 orang Pegawai Pergigian telah berjaya diwartakan sebagai Pakar Pergigian Kesihatan Awam menggunakan mekanisma sedia ada di Jabatan Kesihatan Awam, KKM. Manakala bakinya masih belum diwartakan kerana terdapat beberapa masalah teknikal berkaitan mekanisme ini. Dengan itu, Jawatankuasa Penilaian Pewartaan Pakar Pergigian (JPPPP) tersendiri telah ditubuhkan di Bahagian Kesihatan Pergigian untuk menilai calon untuk pewartaan.
Perkembangan terbaru....
JPA sedang mengkaji semula semua pekeliling berkaitan BIPKA dan akan mengeluarkan satu
pekeliling baru - Bayaran Insentif Pakar (BIP).
Bahagian Kesihatan Pergigian telah memberi input melalui Bahagian Sumber Manusia, KKM mengenai isu ini DENGAN CADANGAN seperti berikut:
Bayaran Insentif Pakar layak dibayar kepada Pakar Pergigian Kesihatan Awam yang memenuhi
semua syarat seperti berikut: