ISU BIPKA oleh SCODOS

Date 28/03/2011

BIPKA yang diterima seawal tahun 1994 telah diberhentikan kerana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 tahun 2009 telah mensyaratkan semua Pegawai Pergigian yang mempunyai kelulusan Kesihatan Awam MESTI diwartakan bagi melayakkan Bayaran Iinsentif Pakar Kesihatan Awam (BIPKA) berkuat kuasa 1 Ogos 2009.

Seramai 63 orang Pegawai Pergigian telah berjaya diwartakan sebagai Pakar Pergigian Kesihatan Awam menggunakan mekanisma sedia ada di Jabatan Kesihatan Awam, KKM. Manakala bakinya masih belum diwartakan kerana terdapat beberapa masalah teknikal berkaitan mekanisme ini. Dengan itu, Jawatankuasa Penilaian Pewartaan Pakar Pergigian (JPPPP) tersendiri telah ditubuhkan di Bahagian Kesihatan Pergigian untuk menilai calon untuk pewartaan.

Perkembangan terbaru....
JPA sedang mengkaji semula semua pekeliling berkaitan BIPKA dan akan mengeluarkan satu pekeliling baru - Bayaran Insentif Pakar (BIP).

Bahagian Kesihatan Pergigian telah memberi input melalui Bahagian Sumber Manusia, KKM mengenai isu ini DENGAN CADANGAN seperti berikut:

Bayaran Insentif Pakar layak dibayar kepada Pakar Pergigian Kesihatan Awam yang memenuhi semua syarat seperti berikut:

  1. merupakan Pengamal Pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia;
  2. mempunyai kelulusan Sarjana Kesihatan Awam Pergigian pengajian empat (4) tahun atau setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dari masa ke masa; atau
  3. mempunyai kelulusan Bidang Kesihatan Awam Pergigian pengajian selama satu (1) tahun yang diiktiraf kerajaan dan Doktorat Kesihatan Awam (DrPH) atau setaraf selama tiga (3) tahun yang diiktiraf kerajaan dari masa ke masa; dan
  4. menjalani proses pewartaan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan bagi 2. dan 3.
  5. Semua pegawai pergigian yang mempunyai kelulusan bidang Kesihatan Awam Pergigian pengajian selama satu (1) tahun yang diiktiraf oleh kerajaan sebelum 31.12.2010 adalah LAYAK untuk dipertimbangkan pewartaan sebagai Pakar Pergigian Kesihatan Awam setelah menjalankan tugas dalam bidang kesihatan awam (pergigian) selama lapan (8) tahun DAN memenuhi semua kriteria seperti terkandung dalam syarat-syarat dan Garis Panduan Pewartaan Pakar Pergigian Kesihatan Awam.
  6. Dalam "tempoh transitional" untuk diwartakan, semua Pegawai Pergigian yang mempunyai kelulusan bidang Kesihatan Awam Pergigian yang diiktiraf sebelum tarikh pekeliling ini berkuatkuasa, BIPKA pada kadar di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 tahun 2009 boleh terus dibayar. Kadar Bayaran Insentif Pakar (BIP) hanya akan dibayar apabila pegawai diwartakan sebagai Pakar Pergigian Kesihatan Awam.
SCODOS mengharapkan kita semua berdoa semoga usaha oleh Bahagian Kesihatan Pergigian ini membawa hasil yang positif……

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image