Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

2. Gigi Rosak Perlu Dirawat

Setiap daripada anda mempunyai dua set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu berjumlah 20 batang dan tumbuh ketika anda berusia antara 6 bulan hingga 13 tahun. Gigi susu bersifat sementara, ia digunakan untuk mengunyah makanan lembut. Gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal.

Apabila anda dewasa dan memerlukan makanan yang lebih pejal dan anda memerlukan gigi yang lebih kuat. Gigi kekal yang lebih kukuh akan membantu anda menghancurkan makanan supaya mudah dihadamkan.

Gigi kekal mengandungi 32 batang. Ia akan menggantikan barisan gigi susu secara berperingkat.

Sekiranya anda mempunyai masalah kerosakan gigi dan gigi anda patah atau tercabut sebelum waktunya, gigi kekal akan tumbuh dengan tidak teratur yang akan menyebabkan beberapa masalah gigi. Antaranya:

a) Karies gigi atau gigi berlubang.
b) Gigi yang tumbuh tidak teratur.
c) Penyakit gusi atau mulut berbau.

Karies gigi terjadi apabila sisa makanan terlekat di celah gigi. Gula daripada makanan yang anda ambil akan membentuk asid. Asid itu akan menyebabkan permukaan gigi menjadi lembut dan mudah berlubang.

Jika keadaan gigi itu tidak dirawat segera, anda mungkin akan kehilangan gigi itu. Oleh itu anda perlu menjalani pemeriksaan gigi yang kerap. Ini untuk memastikan gigi anda berada dalam keadaan baik.

Gigi akan kelihatan tidak teratur apabila gigi susu tercabut terlalu awal atau saiz rahang terlalu kecil untuk memuatkan gigi kekal. Gigi kekal yang tumbuh akan keluar bertindih. Ini menyebabkan sisa makanan mudah melekat di celah dan sukar dibersihkan. Selain gigi menjadi rosak, gusi akan kelihatan merah dan bengkak, ini menyebabkan mulut anda berbau.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image