Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

4. Rawatan Gigi

Rawatan awal dapat mencegah kerosakan gigi yang serius.Jika gigi anda berlubang,ia boleh merebak kelapisan dentina yang menyebabkan gigi terasa sakit. Gusi akan bengkak. Pada tahap yang lebih serius gigi anda terpaksa dicabut.

Karies gigi atau gigi berlubang boleh dirawat dengan kaedah tampalan. Sebelum rawatan dilakukan segala kotoran dari lubang gigi akan dikeluarkan dengan menggunakan alat khas dan ditampal menggunakan sejenis logam.

Jika karies gigi merebak ke lapisan pulpa, rawatan endodontik atau rawatan akar akan diberikan. Bahagian yang berlubang itu akan dibersihkan sebelum rawatan itu dijalankan.

Lazimnya, rawatan endodontik akan menyebabkan gigi itu menjadi lemah dan mudah patah.

Bagi mengatasi masalah itu rawatan korona akan dilakukan. Kaedah rawatan itu ialah dengan menipiskan bahagian korona gigi dan kemudian digantikan dengan logam yang disalut porcelain. porcelain akan diwarnakan mengikuti warna gigi asli.

Bagi yang lebih dewasa, kehilangan beberapa batang gigi kekal boleh diganti dengan menggunakan gigibuatan separa atau gigi palsu.


Kehilangan gigi pada tahap awal akan menyebabkan gigi kekal tumbuh berlapis dan tidak teratur.Mereka yang mengadapi masalah itu perlu mendapatkan rawatan orthodontik apabila berumur 10 tahun atau setelah semua gigi kekal tumbuh.

Dalam rawatan ini, beberapa batang gigi kekal perlu dicabut untuk memberi ruang kepada gigi yang berlapis. Ia akan ditarik supaya gigi itu teratur mengikut susuan yang betul. Alat yang digunakan untuk menarik gigi dipanggil braces. Rawatan orthodontik mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun.

Anda perlu tekun menjaga kebersihan mulut kerana makanan mudah melekat pada celahan braces. Bagi anda yang mempunyai masalah mulut berbau busuk dan gusi berdarah, rawatan periodontik amat diperlukan. Dalam rawatan ini,gigi anda pelu menjalani rawatan scaling. Scaling dilakukan untuk mengeluarkan kalkulus atau sisa makanan yang menjadi keras.

Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah sedikit. Anda dinasihatkan berkumur-kumur dengan air garam suam. Sekiranya tidak melakukan rawatan awal,gigi anda akan menjadi longgar sehingga terpaksa dicabut.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image