Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

8. Gigi Terlelas

Pernahkah anda mengalami rasa ngilu pada gigi? Adakah anda memeriksa mengapa gigi dalam keadaan begitu?

Gigi anda boleh terasa ngilu kerana karies. Rasa ngilu juga boleh disebabkan terjadinya hakisan pada lapisan enamel berhampiran akar gigi. Rasa ngilu yang menyeluruh terjadi kerana lelasan pada permukaan oklusal atau bahagian atas gigi yang bersentuhan dengan makanan yang diambil.

Lelasan gigi lazimnya tidak hanya terjadi pada sebatang gigi sahaja malahan ia boleh terjadi setiap gigi yang terdapat dalam mulut. Hakisan itu menyebabkan bahagian lapisan luar gigi iaitu enamel terlelas sehingga mendedahkan bahagian kedua gigi; bahagian dentin.

Dalam dentin terdapat banyak saraf kecil. Saraf itu memberi reaksi rasa ngilu pada peringkat awal lelasan terjadi. Rasa sakit itu akan hilang apabila saraf yang terdedah itu menjadi lali. Keadan itu lazimnya terjadi pada orang tua. Lapisan dentin mengandungi banyak bahan kimia organik dan ia lebih lembut daripada enamel.

Apabila proses lelasan sampai ke bahagian dentin, hakisan akan berlaku dengan lebih cepat dan akhirnya akan mendedahkan bahagian pulpa. Ini akan menyebabkan anda mengalami sakit gigi yang amat sangat. Jika dibiarkan ia akan mengalami infeksi yang menyebabkan gigi anda bernanah.

Keadaan lelasan gigi yang serius akan mengganggu otot muka dan kedudukan sendi rahang. Tekanan yang berlebihan pada sendi rahang menimbulkan rasa sengal pada bahagian kiri dan kanan muka.

Lelasan gigi lazimnya terjadi kepada golongan tua. Bagaimanapun kini masalah gigi terlelas menjadi masalah yang terutama di kalangan kanak-kanak. Punca utama yang menyebabkan gigi terlelas ialah tekanan. Tekanan merupakan masalah psikologi yang dihadapi oleh seseorang kerana sesuatu keadaan. Contohnya, tekanan boleh terjadi ketika menghadapi peperiksaan. Perasaan bimbang dan resah menyebabkan anda mengetap gigi dengan kuat tanpa disedari. Keadaan itu biasanya berlaku semasa tidur malam.

Keadaan gigi yang terlelas boleh dirawat oleh doktor gigi. Pada peringkat awal doktor akan memberikan satu alat yang diperbuat daripada damar untuk menutup seluruh permukaan aklusal gigi. Ini bertujuan untuk mencegah agar lelasan tidak berlaku secara berterusan.

Jika keadaan gigi yang terlelas lebih serius; bahagian itu akan diberikan satu tampalan khas yang dinamakan tampalan korona. Ini untuk memperbaiki rupa bentuk gigi dan mengurangkan tekanan yang berlebihan pada sendi rahang.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image