Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

9. Gula Perosak Gigi

Bagi memelihara kesihatan badan termasuk kesihatan gigi, anda perlu mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi zat keperluan untuk membina kesihatan badan bagi pertumbuhan dan pembinaan gigi serta gusi yang sihat.

Zat dalam makanan seimbang boleh diperolehi melalui makanan seharian. Makanan itu seperti dalam senarai berikut:

  1. Karbohidrat boleh diperolehi melalui nasi, roti dan makanan daripada kumpulan ubi. Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga.
  2. Protein boleh didapati daripada susu, keju, daging, ikan. telur dan kacang soya. Protein diperlukan untuk tumbesaran badan.
  3. Lemak- zat boleh didapati dalam minyak masak, margerin, mentega, santan dan kacang. Lemak juga membekalkan tenaga.
  4. Vitamin dan mineral boleh diperolehi daripada sayur-sayuran, makanan laut dan susu. Vitamin dan mineral diperlukan untuk tumbesaran badan termasuk pertumbuhan tulang, gigi, gusi dan pembinaan sel darah merah. Sayuran hijau seperti sawi, kangkung, pucuk paku, pucuk ubi, pegaga sementara buah-buahan yang mengandungi banyak gula dan lemak perlu dikurangkan atau dielakkan.

Walaupun begitu makanan seperti itu boleh diambil dalam kuantiti yang kecil tetapi tidak terlalu kerap. Makanan jenis ini yang dimaksudkan ialah margerin, mentega, minuman bergas, air sirap, kek, biskut manis, ais kirim, agar-agar manis, gula-gula dan kuih yang manis.

Anda perlu mengelakkan daripada mengambil makanan bergula di antara waktu makan dan mengamalkan tabiat memberus gigi selepas makan atau sekurang-kurangnya berkumur.

Bakteria memang wujud dalam mulut dan ia akan bertindak ke atas makanan bergula yang melekat pada permukaan gigi. Tindak balas itu akan menghasilkan asid yang menyebabkan gigi menjadi reput atau karies gigi.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image