Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

13. Rawatan Ortodonti

Pernahkah anda melihat rakan yang memakai sejenis alat dawaian di sekeliling gigi mereka? Alat ini dinamakan alat ortodonti. Rawatan ortodonti pula bermakna memulihkan atau mengubah (orto) kedudukan kegigian (donti). Rawatan ini diberikan kepada mereka yang mempunyni kedudukan giginya yang tidak teratur. Punca gigi yang tidak teratur ini mempunyai pelbagai sebab.

Keturunan atau baka adalah salah satu punca ketidakjajaran gigi terjadi. Misalnya, si anak mendapat tulang rahang yang kecil daripada ibunya tetapi memperoleh gigi yang bersaiz besar daripada bapanya sehingga kesemua gigi tidak muat untuk ditempatkan ke dalam rahang tadi.

Jadi, gigi akan terkeluar dari tulang rahang; bersimpang-siurlah gigi yang keluar. Selalunya ketidakjajaran gigi juga disebabkan gigi susu yang dicabut terlalu awal kerana karies gigi sehingga membantutkan pertumbuhan tulang rahang.

Hasilnya tulang rahang tumbuh agak kecil dan menyebabkan gigi yang tumbuh di atasnya tidak teratur.

Dalam keadaan yang lebih teruk, kedudukan rahang atas dan bawah akan terbalik sehingga gigi-gigi depan di rahang bawah yang lebih ke depan daripada gigi atas.

Ini terjadi kerana ketidakseimbangan pertumbuhan rahang bawah dengan bahagian muka atas.

Kaedah rawatan ortodonti juga bergantung kepada jenis kelainan yang dialami. Jika hanya satu dua gigi sahaja yang terkena, maka suatu alat ortodonti pasang tanggal boleh dipasang. Si pesakit terpaksa memakainya setiap hari tetapi boleh ditanggal untuk memberus gigi dan kemudian dipasang semula.

Jika keadaan ketidakjajaran mengenai banyak gigi adalah lebih rumit maka suata alat ortodonti lekap atau tetap akan dipasang.

Hanya doktor gigi sahaja yang boleh membukanya. Rawatan dengan menggunakan alat di atas memerlukan sekurang-kurang enam bulan bagi kes yang paling mudah dan boleh berlanjutan sehingga dua tahun atau lebih untuk kes yang lebih rumit.



Untuk keadaan yang lebih rumit dan melibatkanketidakseimbangan pertumbuhan tulang muka rawatan mungkin memerlukan pembedahan untuk memotong sebahagian kecil tulang rahang, kemudian suata alat luar muka mungkin perlu dipasang. Rawatan begini lebih rumit, memerlukan waktu yang lama dan juga perhatian pakar ortodonti.

Rawatan juga boleh dibahagikan kepada rawatan berasaskan pemulihan paras muka atau estetik.

Lazimnya rawatan akan dimulakan sekitar umur 10 tahun atau ketika kebanyakan gigi telah tumbuh di atas rahang dan pertumbuhan rahang juga sudah mencapai had maksimum dan stabil.

Pesakit yang sanggup menjalani rawatan ini juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk terus memakai alat ortodonti sehingga rawatan selesai, perlu daya tahan mental yang kuat dan mesti gigih membersihkan sisa-sisa makanan yang tersangkut di celah-celah alat.

Jika tidak, bakteria akan beraksi dengan cebisan makanan tadi membentuk asid yang akhirnya akan mencairkan permukaan gigi kita sehingga membentuk karies - suatu kegagalan rawatan yang kita tidak harapkan.

Rawatan ortodonti juga merupakan salah satu rawatan pergigian yang cukup mahal. Anda perlu mempunyai sikap positif untuk menjalani rawatan ini.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image