Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

17. Sejarah Berus Gigi Moden



Anda pasti telah mengetahui bahawa amalan memberus gigi setiap hari amat terpuji. Gigih memberus gigi bererti kesihatan gigi dan mulut kita akan lebih terjamin. Tetapi tahukah anda siapa dan bagaimana berus gigi dicipta?

Memflos, menggunakan pencungkil gigi dan memberus gigi bermula sejak zaman prasejarah lagi. Cuma pada waktu itu mereka menggunakan batang dahan pokok. Hujung batang dahan akan dikunyah atau diketuk sehingga membentuk serabut berus menyerupai berus yang kita gunakan untuk melukis.

Bangsa Arab pula menggunakan dahan pokok Arrak yang berbau harum. Setelah dijadikan serabut ia dinamakan siwak atau pencuci gigi.

Berus gigi moden sebenarnya telah dicipta pertama kali oleh bangsa Tionghua semasa zaman Dinasti Tang dalam tahun 618 sehingga 907 selepas masehi. Tetapi berusnya dibuat daripada bulu binatang terutamanya bulu babi.

Rekaan itu telah dipermodenkan oleh William Adis di England pada tahun 1780. Batang berus diperbuat daripada tulang binatang menyerupai batang berus sekarang.

Tetapi bahagian kepala berus ditebuk lubang-lubang yang kemudiannya diisikan dengan bulu binatang. Bulu-bulu itu diikat dengan dawai. Bulu binatang paling mudah diperolehi dan murah.

Bagaimanapun ia mudah menyerap air sehingga kembang dan cepat mejadi lusuh.

Tetapi penggunaan bulu babi banyak menimbulkan masalah kepada mereka yang mempunyai pantang larang keagamaan.

Berus gigi yang diperbuat daripada nylon dan berbatang plastik hanya mula direka selepas Perang Dunia Kedua berakhir iaitu pada tahun 1945. Penggunaan nylon kerana pada ketika itu sukar mendapatkan bekalan bulu babi kerana negara pembekalnya iaitu China dan Russia pada ketika itu berlainan fahaman politiknya.

Oleh kerana amalan memberus gigi sudah menjadi amalan di kalangan masyarakat Eropah, para saintis terpaksa memikirkan alternatif untuk menggantikan bulu babi. Maka timbul idea bulu berus daripada nylon dan ternyata ia lebih baik daripada bulu binatang. Nylon tidak menyerap air dan tahan lebih lama. Nylon mudah dibentuk menjadi lebih halus dan rata tidak seperti bulu binatang.

Malah penggunaan nylon lebih selesa dan daya pem bersihan permukaan gigi lebih baik. Akibatnya penjualan berus gigi meningkat berlipat kali ganda.

Pengeluar berus gigi mula berebut pasaran dengan mengeluarkan aneka bentuk berus gigi. Cuba anda lihat jenis dan bentuk berus gigi yang dijual, menakjubkan?

Petua memilih berus gigi

  1. Cari berus yang mempunyai pemegang yang selesa dan hujungnya bulat supaya tidak melukai tangan anda.
  2. Batang berus mesti sesuai dengan umur dan ukuran tangan anda. Berus gigi selalunya mempunyai tiga sari iaitu untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun, remaja dan dewasa.
  3. Bulu berus juga perlu diperhatikan. Jika terlalu sedikit mungkin ia tidak dapat memberus dengan bersih. Paling sedikit setiap berus gigi mempunyai 3 x 4 susunan bulu berus di atas batang berus gigi.
  4. Setiap orang mesti mempunyai berusnya sendiri. Kita tidak boleh berkongsi berus gigi kerana di dalam mulut terdapat banyak kuman. Dengan mempunyai berus gigi sendiri ia boleh mencegah sebarang jangkitan kuman daripada terjadi.
  5. Ganti berus gigi apabila sudah lusuh. Bulu berus yang lusuh tidak dapat membersihkan gigi dengan berkesan.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image