Thumbnail Image 1

Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir

( BSc, DDS, MSD, MPH, DrPH )

20. Matematik dan Gigi



Sekiranya adik-adik mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi, mata pelajaran yang penting dan perlu diberi perhatian iaitu mata pelajaran Matematik.

Mempelajari ilmu pergigian tidak akan lengkap jika tanpa matematik. Kita memerlukan matematik untuk menghitung jumlah gigi dan mengenali kedudukan gigi dalam rahang.

Selain itu, melalui matematik kita mengetahui saiz kecil besarnya gigi dan sudut terletaknya rahang terhadap tulang muka dan tengkorak.

Mereka yang mahir matematik tidak akan tersalah mengukur panjang rahang dan besar gigi itu tanpa menampakkan giginya seperti gigi palsu.

Ilmu matematik dalam bidang pergigian juga akan membantu kita memahami sukatan logam dan bahan-bahan yang banyak digunakan oleh doktor gigi sebagai bahan tampalan, bahan pelapik gigi palsu dan pelbagai lagi.

Doktor gigi perlu mengetahui tentang titik tindih, titik lebur, titik embun, kekuatan bahan, tegasan ricih, geseran bahan yang akan digunakan.

Kalau sukatan logam tidak sesuai pula, ia akan cair atau terlalu lembek semasa diletakkan ke dalam mulut.

Bahan logam yang digunakan sebagai tampalan mesti mengeras dalam kadar segera, supaya dapat menjalankan fungsi untuk mengunyah dan menggigit.

Malah, kita juga perlu mempelajari matematik kerana ia banyak digunakan dalam teknik menyiapkan gigi untuk menerima tampalan.

Jika tidak, bahan tampalan tidak tahan lama dalam tempatnya dan akan terlepas keluar sehingga gigi mempunyai lubang semula.

Matematik juga hanyak digunakan untuk reka bentuk semua peralatan yang digunakan dalam merawat pesakit termasuk saiz kerusi duduk pesakit.

Jika kedudukan kerusi tidak betul, pesakit tidak berasa selesa. Doktor pergigian pula turut tidak berasa selesa semasa menjalankan rawatan, malah akan mengalami sakit tulang belakang dan menjejaskan kesihatan.

Selain itu, matematik juga amat diperlukan untuk memastikan alat penggerudi yang digunakan mempunyai kawalan terhadap gerakan dan kadar putarannya.

Putaran yang terlalu lambat hanya sesuai untuk keadaan tertentu. Jika digunakan pada keadaan lain getaran lemah yang dihasilkan akan menambahkan rasa sakit pada pesakit.

Kalau putaran terlalu tinggi pula, alat penggerudi sukar dikawal semasa digunakan dalam mulut. Ini boleh mengakibatkan mulut kita robek dan mencacatkan muka.

Teknik pencabutan bukan sahaja memerlukan kekuatan tenaga diri tetapi yang lebih penting ia mesti dilakukan dengan perletakan alat pencabut yang betul.

Setiap satu jenis gigi mempunyai sudut perletakan alat yang khusus. Sudut itu juga berbeza untuk gigi dirahang atas dan bawah, gigi belakang serta depan.

Jika perletakan alat tidak kena pada tempatnya, gigi yang dicabut sukar untuk keluar dan akan patah ditengah di dalam rahang.

Sebenarnya, orang selalu mengeluh jika tidak tahu apa kegunaan matematik dalam cita-cita kerjayanya.

Jika kita bercita-cita untuk mempelajari ilmu pergigian, berusahalah dari sekarang untuk mengenal dengan lebih dekat lagi asas ilmu matematik.

Kita hanya akan menghargai ilmu ini dan tidak berasa bosan mempelajarinya apabila kita tahu pentingnya ia dalam mengejar cita-cita kita.

PDPA

Malaysian Dental Association shall ensure that the collection, use and disclosure of your personal data is consistent with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ( 'PDPA' ). It is acknowledged that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent.

Download Apps



placeholder image